Monday, January 31, 2011

A Wet Johor Bahru :P


Semua sedia maklum bahawa musim hujan sedang melanda lebih-lebih lagi di selatan tanah air. Hujan yang tidak henti turunnya selama 3 hari sudah mengakibatkan banjir di merata tempat di sekitar Johor. Sedih sekali melihat kemusnahan yang berlaku. Berita yang aku paling sedih adalah kematian seorang wanita yang lemas dalam kereta 4WD wanita itu ditolak arus banjir ke dalam sungai. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Banjir pada kali ini dikatakan lebih buruk berbanding pada tahun 2006. Alhamdulillah aku tidak merasa kedua-dua kejadian banjir tetapi aku dapat lihat penderitaan dan kesan kejadian banjir tersebut. Banjir kali ini dilaporkan berlaku di Segamat, Labis, Kulaijaya, Muar, Mersing, Ledang, Pontian, Johor Bahru serta Kota Tinggi. Malah sehingga hari ini, mangsa dianggarkan sebanyak 45,000 orang. Semoga mangsa-mangsa dapat menangani musibah ini dengan penuh kesabaran kerana sesungguhnya dugaan ini datangnya daripada Allah SWT. Sekian.

Banjir di Segamat, Johor.

*Hujan yang turun bagaikan mutiara, jikalau betul dakwaan itu, sudah pasti orang di Johor kaya-raya ;)

Aku Cinta Padamu

video

Suatu hari, dapat show akustika..
jadi kami bercadang bawa lagu Siti Nurhaliza tapi dengan cara kami..
oleh itu, aku tanya kawan aku yang lebih arif tentang muzik,
Haniff cakap cuba buat dalam bentuk swing..
Aku cuba tapi aku tak tahu jadi ke tidak..
inilah lagu Aku Cinta Padamu versi kami sendiri..
Minta maaf Kak Siti :))

Bahasa Jiwa Bangsa ;))



















Aku berharap agar radio-radio swasta dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Tidak perlulah untuk 'URBAN' sangat. Siapa lagi yang akan menjaga bahasa Melayu selain kita sendiri, orang Melayu yang kononnya sayang akan bangsa tetapi perkara sekecil ini dipandang sebelah mata. Selain itu, aku berharap karya-karya tempatan juga dibuat dengan Bahasa Melayu dengan betul jika mahukan karya itu dalam Bahasa Melayu. Tidak perlulah untuk dicampur-adukkan sehingga hilang keindahan bahasa kita. Lagu Zee Avi - Kantoi mungkin sedap didengar, tapi aku anggap lagu itu seperti menghina bahasa kita. Tuntasnya, jagalah bahasa kita kerana bahasa jiwa bangsa.


*Aku puji Malique & Monoloque kerana karya-karya Bahasa Melayu mereka yang mantap. Siapa kata lagu dalam Bahasa Melayu tak sedap? Nak bahasa Inggeris juga baru sedap. Mereka sudah buktikan ;)

AirLiur: When The Money-Penny Wears The Crown



Of the lies that are considered true

Of the humans are living through

Keeping as maximum as possibly could

More than loves and friends do


Tiptoeing to seek the golden crown

Trying to make it surely gone

From the person who is actually wrong

End up life full with thorns


As it changes the life from pride to fame

Losing yourself to the human-made heaven

At the end the impact makes you lame

Dare to choose and dare to be blamed


Evil spreads bigger and wider

The innocent caught guilty while the devils are prowling

As its level is actually higher and stronger

The world is turning and becoming more thrilling


What happened to the world a question mark

The solution is difficult to be found

Of the love and heart are defeated too

As the money-penny wears the crown



*this poem was written when I was 17. Immature I guess. The past and always ;)

AirLiur: Langit Tidak Pernah Cerah


Langit tak pernah cerah,

Selepas perginya bayu keamanan yang segar,

Perih terasa manusia terluka,

Melihat titis darah mengalir ke tanah.

Tangis sudah seiring melodi,

Seiring radio tiada siapa peduli,

Diratah kuasa kejam si babi,

Rakusnya manusia mengejar duniawi.

Apa yang dapat mengejar takhta,

Harapkan kuasa tamak haloba,

Mahkota dicita memegang dunia,

Dunia yang ada akan binasa.

Doanya seiring nafas yang kencang,

Sentiasa mengingati tuhan yang Esa,

Tumbuhnya pucuk keamanan yang terbilang,

Dunia yang aman bahagia terasa.


mosh

Prolog Sebuah Medium Alkisah


HEY HO!

Aku memang manusia yang gemar berkata-kata. Mungkin Facebook.com bukanlah tempat yang sesuai kerana ramai yang kurang senang dengan bebelan aku. Ramai yang mencadangkan Blog untuk meneruskan bebelan aku. Oleh itu,


HERE I AM! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...