Thursday, February 17, 2011

AirLiur: Khayal Cengkerama


Isilah jiwaku wahai permaisuri tercinta
Iringi aku bersiar-siar di inderaloka
Nadi jantungku hanya untukmu oh adinda

Musim bunga yang lalu
Itulah saat pertama kita bersua
Malamku berubah serta-merta
Pabila hatiku lemah dibuai cinta
Indah nian duniaku bak mekarnya puspa

Ya aku katakan bahawa engkaulah bidadariku
Akulah arjuna yang layak menjadi milikmu
Naungi aku dengan dedaun kasih sayang
Gelitanya hari-hariku menunggu terang

Kumenantimu di setiap kelipan waktu
Ufti emas telah tersedia di dalam kamar cinta
Cubalah dikau selami hatiku, amati kata-kataku
Arca hati kita sudah siap terbina di dalam jiwa
Rasailah cintaku yang tulus ikhlas wahai maharaniku
Inilah mimpiku, bersamamu selalu oh asmara

mosh ;)

Tuesday, February 8, 2011

Hola! Soy Roberto ;)


Semasa kelas Bahasa Sepanyol pagi tadi, pensyarah aku, Senora Salina tiba-tiba nak namakan setiap pelajar dalam kelasnya dengan nama Sepanyol. Mungkin dengan harapan pelajarnya akan menghayati bahasa Sepanyol kot.

Oleh itu, dia pun memanggil nama satu persatu. Akhirnya nama aku naik..

Senora : Ahmad Rusidy? your name is Roberto ;)

Oh aku bermonolog dalaman, okay saja bagi aku. Oleh yang demikian, sekarang aku ada nama baru iaitu Roberto. Sungguh maskulin bunyinya. HAHAHA!


Hola! Soy Roberto ;)


Antara nama kawan-kawan yang aku ingat,.

Acap - Carlos
Faliq - Jose (Tosai)
Syafiq - Manuel (Manual)
Laila - Pepita (Popia)
Syue - Ines (Ingus)
Akram - Octavio (Octopus)
Mira - Carlota (Calcutta)

Ada lagi nama-nama rakan sekelas lain..hehehe..Kelakar pun ada juga bila panggil nama dalam bahas sepnyol ini. hahah. Aku berharap dengan cara ini, minat kami terhadap bahasa Sepanyol semakin mendalam. Amin ;)



*Test Spanish pada hari Khamis. Entah satu habuk pun aku tak faham. Mampus aku! :P


On Fire !



Petang tadi aku menjalani latihan macam biasa. Mula-mula main ragbi sentuh sebagai pemanas badan. Memang rutin kamilah. Tetapi ada benda yang kurang seronok berlaku semasa sesi latihan tadi.

Aku perasan ramai juga Ex-Angels yang turun. Mungkin kebetulan mungkin dirancang. Entah aku pun tak tahu. Berbalik ke pokok asal tujuan aku menulis pada waktu ini, semasa sesi latihan petang tadi, kami didatangi seseorang dari Kementerian Pengajian Tinggi. Tak lain tak bukan ini tentunya tentang Pusat Kecemerlangan Sukan Ragbi.

Untuk pengetahuan geng-geng, UPM merupakan projek PKS ragbi di mana kami menerima peruntukan sebanyak RM900,000 hanya untuk pembangunan ragbi. Jadi, bila duit sudah masuk sekepal begitu mesti ada pihak tidak puas hati kan, itu lah yang terjadi.

Pencapaian sedikit mengecewakan baru-baru ini. MASUM 7s Siri 1 di UIA, kami hanya berada di tempat ke empat. Geleng kepala pengurus dan jurulatih kami. Nak buat macam mana kan. Selain itu, kekalahan di tangan Politeknik Shah Alam memang memalukan. Mana taknya, pasukan Serdang Angels masih tidak terurus, dengan pelbagai benda yang harus dipertingkatkan, alih-alih kena lawan 15 sebelah. Tak cukup latihan dan terus lawan, memang lauk lah. Siap masuk surat khabar lagi tentang kekalahan kami dengan tertulisnya begini 'UPM mangsa ratahan PSA'. Perlu ke masukkan dalam surat khabar bro? Friendly je pun. Haiyaa :P

Kekalahan demi kekalahan kami hadapi. Tapi tidaklah teruk sangat. Apa-apa pun, aku yakin bahawa pasukan kami sedang dan akan meningkat. Pasukan kami baru sahaja distruktur semula selepas ramai pemain senior yang graduasi. Oleh itu, muka-muka barulah yang menghiasi dan memegang panji maruah Serdang Angels, macam aku. Berat tanggungjawabnya. Itu semua kerana tradisi dan pencapaian dahulu kala. Susah untuk memenuhi permintaan dan harapan orang ramai lebih-lebih lagi warga UPM.

Petang tadi, memang pahit. Terpalit tahi kat muka macam tu je. Panas pun ada juga. Orang KPT itu (aku tidak tahu namanya) memarahi kami sudah tentu kerana pencapaian yang kurang memberangsangkan. Tidak seperti pasukan Angels dahulu. Dia marah kerana perlian orang yang dia hadapi. Pasukan UPM dapat PKS, tapi tak bagus mana pun. Surat pemohonan UTM untuk program PKS sudah berada di atas meja dia, katanya. Entahlah.

Pada pendapat saya Encik, kami sedang cuba untuk melakukan yang terbaik. Bak kata jurulatih kami, Coach Khusainy, itu hanya luahan hati. Ambillah yang positif. Kami akan cuba yang terbaik. Kami bukan robot untuk dipaksa menang ataupun permainan video, boleh naik taraf dengan mudah sekali. Kami bukan begitu encik harap maklum. Kami akan cuba yang terbaik untuk USM 10s minggu ini insyaALLAH. Semoga dengan izin Allah, kami akan mendapat apa yang sepatutnya milik kami.

Petang tadi memang lain macam. Lepas kena 'marah' tu, tak tahu lah nak kata mood atau emosi aku nih macam mana. Bukan aku saja, mungkin juga kawan-kawan yang lain. Malah aku rasa jurulatih dan penolongnya lebih merasa bebannya. Tapi nak buat macam mana. Kami akan cuba yang terbaik. Cakap panjang lebar pun tak berguna. Haprak je nanti.


Angels on 3..1! 2! 3! Angels!


*Baru nak semangat untuk pergi USM 10s minggu ini, aku dapat tahu aku ada test Hubungan Etnik. Memang awesome kan? Kena bincang dengan coaches dulu nih ;P





Monday, February 7, 2011

Aduhai :p


Okay. Aku nak meluahkan sesuatu..

Betapa kusutnya kepala aku ini..


Mana satu nih?

Itu yang bermain di kepala aku sekarang ;p

Ini aku paparkan event-event aku untuk Februari..

USM Ragbi 10s - 12 & 13 Feb 2011
Gig @Tampin? Liga Ragbi Selangor - 19 Feb 2011
MASUM Ragbi 7s Siri 2, UTM Johor - 26 & 27 Feb 2011

Jikalau sahabat handai perasan, pada tarikh 19 Feb itu, 2 event bertindih..Jadi,

RAGBI ke?
Atau GIG?

;P

Memang penuh jadual aku untuk bulan Februari ini. Pening kepala aku lagi-lagi bila melibatkan aktiviti dengan rakan-rakan. Tapi masalahnya sekarang adalah tarikh 19 Februari 2011. Aku tidak tahu untuk memilih sama ada gig ataupun ragbi. Minggu sebelum itu ragbi, minggu selepas itu ragbi juga. Jadi aku kemungkinan besar akan memilih gig, tapi takut sesuatu yang tak sedap berlaku nanti. Memang dilemma. Aku benci keadaan ini. Hampeh betul. Mulut orang kadang-kadang busuk sikit. Susah untuk memahami kita sebenarnya. Tapi aku akan cuba jelaskan pada jurulatih sebab aku betul-betul mahu bermain gig di Tampin pada 19 Feb nanti. Dilemma! memang ADUHAI laa. Kena lah cari rakan-rakan untuk konsultan nih. Semoga aku mendapat resolusi yang terbaik nanti. hehe ;P


*Dilemma. Bila aku dapat SMS tentang jadual ragbi untuk Feb, aku tepuk dahi. Aku nak main muzik jugak. Tapi nak buat macam mana, dah salah aku melibatkan diri dalam kedua-dua bidang kan, muzik dan sukan. Pandai-pandai aku fikir nanti. BERANI BUAT BERANI TANGGUNG :P

Sunday, February 6, 2011

Merempat ;P


Nasib aku sekarang dah macam orang di dalam gambar di atas
HOMELESS!



Memang terbaik!
Bodohnya aku!
Boleh pula tertinggal kunci bilik kat rumah. Alahai malangnya!
Nasib baik ada kawan yang memahami bagi aku tumpang
Aishh..At this point, aku mengaku yang aku seorang yang lalai serta kurang cerdik.
Alahai..tapi benda dah jadi nak buat macam mana kan. hmm.
Terpaksa lah tidur berbantalkan beg


*Elak kena denda je esok masa ambil kunci. Fulus melayang lagi :P

Friday, February 4, 2011

Kenapa Ska Punk? :P



Plague Of Happiness
Johny Comes Lately
Priceless Stupid Box
Heiress Of Bullet
Geng Gemok Keji
Donatello
I See Dumb People
Stick No Bill

Mereka adalah band-band ska punk yang wujud di Malaysia, yang tidak pernah lekang di halwa telinga aku. Adunan muzik yang menarik, tenaga yang hebat dan attitude mereka telah menarik perhatian aku untuk turut menyertai mereka lebih dekat. Tetapi kenapa ska punk? Mengapa bukan hardcore? atau metal?

Dewasa ini, memang tidak boleh dinafikan remaja lebih cenderung untuk mendengar muzik-muzik seperti hardcore atau metal. Band-band seperti Massacre Conspiracy, Restraint, Avalon's Whisper, Oh Chentaku, Cassandra dan banyak lagi merupakan wira-wira mereka. Tapi bukan aku. Aku gagal sama sekali untuk meminati genre tersebut.

Kenapa Ska Punk?

Aku memang minat genre ini. Memang tidak dinafikan. Aku mula-mula jatuh hati apabila menonton persembahan Plague of Happiness, band ska punk yang berasal dari Pasir Gudang, Johor Bahru. Selepas itu, aku muat turun lagu-lagu mereka, mencari CD dan banyak lagi usaha aku untuk mengenali mereka lebih rapat. Tapi minat pada band saja tidak mencukupi. Ada rahsia yang tersirat dalam muzik yang mereka mainkan yang membuatkan aku melekat dengan mereka.

Hidup aku berubah. Ya memang hidup aku berubah selepas mendengar genre ini. Attitude yang disampaikan memang positif. Tiada unsur-unsur ke arah negatif. Aku menjadi lebih tenang dan boleh berfikir dengan lebih matang lagi-lagi apabila ditimpa masalah. Lagu seperti Kemuri - PMA, telah menjadikan aku lebih berani menghadapi masalah. Jika aku ditimpa masalah, aku akan ingat lagu ini kerana ia menerapkan pemikiran positif dalam minda kita. PMA pula merupakan singkatan aksara bagi Positive Mental Attitude.


Tambahan lagi, aku pandai menangani situasi kerana pemikiran yang positif. Walau bagaimana buruknya kejadian menimpa aku, aku cuba untuk tenang. Lagu-lagu beginilah menemaniku siang dan malam.

Sebenarnya, banyak lagi genre lain yang menerapkan ciri-ciri positif. Tapi dah aku terlekat pada ska punk nak buat macam mana kan? Sekutu-sekutu mereka seperti reggae dan punk rock juga tidak kurang sengatnya. Mereka juga memainkan peranan dalam perubahan diri aku.

Jika kalian tanya aku macam mana nak tenangkan minda, aku akan jawab, dengarlah ska punk, reggae dan punk rock. Kalau nasyid atau balada itu memanglah. Tapi cara aku adalah mendengar kepada genre ska punk.

Aku ada juga bermain muzik ini bersama Cactus Maniac di posisi bass. Memang puas dapat main muzik yang kita minat.





*Terima kasih kepada individu-individu yang memperkenalkan ska punk kepadaku. Tidak sia-sia aku dengar cadangan kalian.

Thursday, February 3, 2011

Terpulang Pada Kalian ;)


Manusia tidak dilahirkan sempurna
Masing-masing ada baik dan buruknya


Aku?



Aku sedar memang aku banyak kekurangan
Oleh itu, Terpulanglah pada kalian untuk menentukan
Di mana terletaknya aku di dalam hidup kalian
Aku tidak memaksa kalian untuk menerima aku
Kerana aku tiada hak untuk menentukan
Jauh di lubuk hati
Adakah aku ditempatkan di ruang yang tersayang
Atau ruang yang menyeksakan
Aku tidak peduli
Kerana itu semua di dalam tangan kalian
Aku menerima seadanya
Kerana sesungguhnya itulah yang layak untukku
Kerana itu semua terpulang kepada kalian
Aku hanya menurut
Bukan bermaksud aku seorang yang lemah
Malah bukan kerana aku yang bersalah
Tapi atas dasar penghormatan aku kepada kalian
Aku bukan tuhan untuk menentukan apa yang ada di dalam pemikiran
Maafkan aku jika aku melakukan kesilapan
Kerana manusia bukanlah sempurna seperti anbia
Manusia tidak lari dari kesalahan
Mungkin ini adalah waktu aku dalam kesusahan
Hidup umpama roda yang berputar
Terima kasih kerana sudi mengenaliku
Oh kawan, terpulanglah kepadamu

;)


*Hidup mesti diteruskan. Pandangan harus ke depan. Pemikiran mengimbau kembali kenangan. Pengalaman ialah perisai aku untuk maju ke hadapan :))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...