Friday, February 4, 2011

Kenapa Ska Punk? :P



Plague Of Happiness
Johny Comes Lately
Priceless Stupid Box
Heiress Of Bullet
Geng Gemok Keji
Donatello
I See Dumb People
Stick No Bill

Mereka adalah band-band ska punk yang wujud di Malaysia, yang tidak pernah lekang di halwa telinga aku. Adunan muzik yang menarik, tenaga yang hebat dan attitude mereka telah menarik perhatian aku untuk turut menyertai mereka lebih dekat. Tetapi kenapa ska punk? Mengapa bukan hardcore? atau metal?

Dewasa ini, memang tidak boleh dinafikan remaja lebih cenderung untuk mendengar muzik-muzik seperti hardcore atau metal. Band-band seperti Massacre Conspiracy, Restraint, Avalon's Whisper, Oh Chentaku, Cassandra dan banyak lagi merupakan wira-wira mereka. Tapi bukan aku. Aku gagal sama sekali untuk meminati genre tersebut.

Kenapa Ska Punk?

Aku memang minat genre ini. Memang tidak dinafikan. Aku mula-mula jatuh hati apabila menonton persembahan Plague of Happiness, band ska punk yang berasal dari Pasir Gudang, Johor Bahru. Selepas itu, aku muat turun lagu-lagu mereka, mencari CD dan banyak lagi usaha aku untuk mengenali mereka lebih rapat. Tapi minat pada band saja tidak mencukupi. Ada rahsia yang tersirat dalam muzik yang mereka mainkan yang membuatkan aku melekat dengan mereka.

Hidup aku berubah. Ya memang hidup aku berubah selepas mendengar genre ini. Attitude yang disampaikan memang positif. Tiada unsur-unsur ke arah negatif. Aku menjadi lebih tenang dan boleh berfikir dengan lebih matang lagi-lagi apabila ditimpa masalah. Lagu seperti Kemuri - PMA, telah menjadikan aku lebih berani menghadapi masalah. Jika aku ditimpa masalah, aku akan ingat lagu ini kerana ia menerapkan pemikiran positif dalam minda kita. PMA pula merupakan singkatan aksara bagi Positive Mental Attitude.


Tambahan lagi, aku pandai menangani situasi kerana pemikiran yang positif. Walau bagaimana buruknya kejadian menimpa aku, aku cuba untuk tenang. Lagu-lagu beginilah menemaniku siang dan malam.

Sebenarnya, banyak lagi genre lain yang menerapkan ciri-ciri positif. Tapi dah aku terlekat pada ska punk nak buat macam mana kan? Sekutu-sekutu mereka seperti reggae dan punk rock juga tidak kurang sengatnya. Mereka juga memainkan peranan dalam perubahan diri aku.

Jika kalian tanya aku macam mana nak tenangkan minda, aku akan jawab, dengarlah ska punk, reggae dan punk rock. Kalau nasyid atau balada itu memanglah. Tapi cara aku adalah mendengar kepada genre ska punk.

Aku ada juga bermain muzik ini bersama Cactus Maniac di posisi bass. Memang puas dapat main muzik yang kita minat.





*Terima kasih kepada individu-individu yang memperkenalkan ska punk kepadaku. Tidak sia-sia aku dengar cadangan kalian.

4 comments:

  1. aku dah agak ko mst akan tulis psl nie..haha

    ReplyDelete
  2. tp ni aku x tulis betul2 lg nih...xcukup luahan hati..sbb rushing..hehehe ;P

    ReplyDelete
  3. HIDUP MOSH!
    gudluck mosh!

    asal ko runsing?
    ad prob?
    ce citer ce citer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...