Akulah yang tackle tu. UPM vs UTM ;)
Kepenatan. Nasib baik ada cuti seminggu ni. Aku akan balun rehat puas-puas. Tidur yang panjang seperti beruang hibernasi sewaktu musim sejuk.
Aku penat sebab jadual ragbi yang padat. 3 minggu berturut-turut ada kejohanan di berlainan tempat. Mula-mula sekali, kejohanan pembukaan tahun 2011 bagi aku, Ansara 10 Sebelah 2011 di Politeknik Shah Alam, Shah Alam. Kebiasaannya kejohanan ini akan dilangsungkan di Padang Utara, Petaling Jaya. Senang nak gerak jika dilangsungkan di sana. Tapi tak tahulah kenapa tukar tempat. Dengarnya ada kejohanan paintball. Aku mewakili pasukan alumni sekolah iaitu Ansara Serting. Bukan main banyak pemain kami import! Bintang-bintang ragbi yang main seperti Komeng dan Wak. Tapi pemain pasukan kami bukan calang-calang juga. Bob main untuk Serdang Angels begitu juga aku serta Awe. Atong dari UIA Mustangs, Mat Rad dari UiTM Lions, Abra pula dari UTeM Kroons dan Bajeng dari UNITEN. Tak lupa juga dari UTM, Ijol dan Jaha. Bagi aku, pasukan memang boleh menang tapi tiada rezeki, kami tewas di suku akhir di tangan SMSOB dan di kategori plate, kami tewas pula di suku akhir di tangan Ex Sas. Tiada rezeki.
Ansara Serting bersama Datuk Mukhriz Mahathir
Minggu seterusnya, aku pulang ke Melaka, bermain untuk pasukan yang pernah aku wakil dulu sewaktu pengajian asasi. Kejohanan ini yang dianjurkan MHSOB & UiTM KBM dibuat di Stadium Hang Tuah, Melaka. Pertama kali aku bermain di dalam stadium. Tambahan lagi, ia kejohanan ini dimainkan sehingga waktu malam. Merasa juga aku bermain pada waktu malam. Sebelum ini aku juga menjalani latihan pada waktu malam saja. Aku seronok bermain pada minggu itu. Pulang ke UiTM Lendu, berjumpa kawan-kawan kolej. Aku berpuas hati dengan layanan mereka lagi-lagi Tarot, kawan baik aku dari Perak. Terima kasih juga pada Khafi sebab belanja sosej dan air limau ais. Berbalik pada perlawanan, agak goyah sedikit. Aksi permainan aku juga tidak seperti biasa. Mungkin sudah lama tidak bermain bersama. Nenek juga menegur cara permainan aku yang hard tapi tidak menggunakan otak. Akhir sekali pasukan kami sangkut di separuh akhir cup di tangan MHSOB 1st Endurance. Maka terlepaslah aksi pentas final. Aku yakin kami tewas sebab pengadil yang kayu!
Melaka 10s: UiTM KBM vs UniKL MICET
Kejohanan penutup bagi bulan Januari adalah MASUM 7s di UIA. Aku mewakili pasukan universiti aku iaitu UPM Serdang Angels. Tekanan dapat dirasai di sana-sini. TNC mahukan kami menang, begitu juga pengurus serta orang-orang sekeliling. Siapa tidak mahu menang kan? Kejohanan MASUM itu adalah yang pertama kali bagi aku. Memang susah untuk aku menangani tekanan pada mulanya. Lagi-lagi kami dimalukan oleh pasukan Politeknik Shah Alam di dada akhbar. Aku memang terdiam dan sugul ketika kejohanan ini berlangsung. Aku senyap saja di dalam perjalanan, semasa perjumpaan dan lain-lain. Kawan-kawan pun menegur mengapa aku selalu mendiamkan diri. Tapi aku cuma cakap aku okay saja. Tapi itu semua pada mula saja, di kemudian waktu, aku okay seperti biasa. Mungkin kesan tekanan yang bertimba-timba membuat aku berat hati.
Berbalik pada kejohana MASUM 7s. Aku tak mengharap pun untuk bermain. Aku cuma menjadi pemain simpanan. Banyak sebab kenapa aku tidak mahu bermain. Salah satunya aku tidak bersedia dan masih merasa tekanannya. Apa-apa pun pasukan aku menang semua perlawanan di peringkat kumpulan dan mara sehingga ke separuh akhir. Malangnya, di peringkat itu, kami tewas kepada pasukan UIA, juara tahun lepas. Kemudian, bagi tempat ke-3 dan ke-4, kami tewas di tangan UTM. Tidak kisahlah, asalkan kami bergembira dan menikmati perlawanan. Pasukan kami ini belumlah sempurna kerana rombakan yang dilakukan. Tidak seperti pasukan-pasukan lain yang sudah bersama pada waktu yang lama.
Januari merupakan permulaan musim ragbi aku yang kurang memuaskan. Semua kejohanan sangkut pada peringkat separuh akhir dengan 3 pasukan berbeza. Februari sudah menyusul. Masih ada ruang untuk aku perbaiki. InsyaALLAH aku akan berlatih lebih giat lagi. Terima kasih kat Wak yang selalu sokong aku. Pasal ragbi selama 3 minggu ini juga, aku dah tidak kisah kawan-kawan panggil aku 'mamak', 'macha' dan lain-lain. Dah aku kulit gelap kan. hehehe.
*MASUM 7S Siri 2 bakal dilangsungkan di UTM, Johor manakala siri 3 di UMS, Sabah. Walaweh! HAHAHA! Aku nak pergi Sabah! ;DD
semangat mosh!
ReplyDeleteteruskan!
gudluck in ur rugby!
terima kasih wahai afeb! hahaa
ReplyDelete