Tuesday, February 1, 2011

The Best Team Ever ;)





TYRANT! On 3! 1..2..3.. TYRANT!

Aku yakin bahawa pasukan ragbi MRSM Serting tahun 2007 dan 2008 merupakan pasukan terbaik bagiku. Aku tak bermaksud akan pencapaian kami, tapi nilai persahabatan dan semangat berpasukan, itulah yang aku maksudkan. Kami bukanlah pasukan yang sentiasa menang dalam setiap perlawanan yang kami sertai, walaupun tewas, kami bangkit dengan semangat demi melonjakkan maruah nama maktab kami.

Aku memang giat bermain ragbi sehingga kini. Dari kelab sosial di Johor ke pasukan ragbi UiTM Melaka dan kini giat bermain untuk UPM Serdang Angels. Tapi belum ada lagi pasukan yang mampu menandingi kehebatan pasukan Tyrant aku. Jikalau pencapaian dititik beratkan, sudah tentu pasukan Tyrant ini jauh ketinggalan malah tidak mampu bersaing langsung.

Kami berlari di sekeliling padang bersama-sama sambil bernyanyi, malah gelak-tawa bersama. Gurauan di atas padang memang tidak pernah lekang. Paling aku tidak boleh lupa adalah pada suatu petang di mana kami dijemput untuk satu sesi penggambaran bagi majalah sekolah. Kami semua memakai jersi seragam iaitu jersi hijau kuning yang kami buat sendiri. Kemudian, kepala masing-masing menjadi 'gila' lalu terlintas untuk menari haka. Akulah yang mengetuai haka tersebut. Entah apa yang aku jerit, bukan aku hafal pun ayat haka itu satu persatu. Aku jerit sahaja apa yang lalu di dalam kepala sampai aku mencarut entah apa-apa. Akhirnya, haka ini tidak menjadi. Aku sendiri tergelak melihat gelagat kawan-kawan aku yang lain. Petang yang meriah.


Budak-budak ragbi pada zaman kami memang lali dengan cacian, kutukan, hinaan dan macam-macam lagi kata-kata 'indah' daripada segenap lapisan masyarakat hieraki yang wujud dalam persekitaran maktab kami. Almaklumlah, budak ragbi kan budak jahat. Memang pada mulanya, kami memang banyak melakukan masalah. Aku pun pernah kena gantung dulu sebab pukul budak. Tapi ianya semua di awal waktu sewaktu kami masih mentah dan gagal sama sekali memahami erti maruah. Masalah dalam pasukan, masalah dengan warden dan macam-macam lagi dugaan yang muncul. Budak ragbi memang balik lambat dari padang. Pergi dewan selera semasa orang lain sibuk penuhkan surau. Kami mandi bila azan berkumandang. Kami ke surau untuk bersembahyang maghrib ketika pelajar-pelajar lain sedang mendengar tazkirah. Sebatan para warden memang sudah imun dengan punggung kami. Itulah kami pada ketika itu. Nakal-nakal bersama.

Namun, entah macam mana, tiba-tiba pasukan ragbi itu yang bagi aku biasa saja, berubah. Aku pun tak tahu mengapa. Kami menjadi satu pakatan yang kuat dan sepakat. Apa-apa saja yang dilakukan mestilah dicapai bersama-sama. Turun padang pada waktu yang tepat dan bersama-sama. Aku pun tidak pasti apakah punca semua ini. Tapi yang enaknya, pasukan kami memang berubah kepada yang lebih baik. Aku sungguh gembira, memang gembira.

Kami muncul naib johan Inter-MRSM Ragbi 10s 2008 di MRSM Muar, Johor. Bagi aku, Tyrant bukan menang kerana mempunyai pemain yang luar biasa, tetapi sikap kekitaan yang luar biasa. Ragbi menyatu padukan kami semua. Sangat sukar bagi aku untuk menggambarkan dengan kata-kata. Mungkin sungguh indah jika masa dapat diulang semula. Secara peribadi, aku hormati setiap orang dalam pasukan Tyrant 07/08. Semoga kalian hidup bahagia. Kalian banyak mengajar aku nilai kekuatan sebuah persahabatan.



kudos;
Batang
Jambi
Kido
Ijad
Jelai
Elley
Bon
Ustad
Bak
Am
Ekram
Cinco
Alip
Salam
Kutit
Steng
Abu
Kapak
Aliff Ganja
Zul
Yout
Mizan


*Daripada ramai-ramai yang main, kini tinggal aku dan Kido je yang aktif. Macam mana nak buat team Ansara nih? Hadoyy :P


4 comments:

  1. lt stg mmg best pon, first time ak blaja backup kwn kt stg,hua2..xpe la kn..zmn mude, ble lg nk wt slh lak..

    ReplyDelete
  2. zaman tuh adalah zaman belajar pasal hidup ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...