Monday, January 31, 2011

A Wet Johor Bahru :P


Semua sedia maklum bahawa musim hujan sedang melanda lebih-lebih lagi di selatan tanah air. Hujan yang tidak henti turunnya selama 3 hari sudah mengakibatkan banjir di merata tempat di sekitar Johor. Sedih sekali melihat kemusnahan yang berlaku. Berita yang aku paling sedih adalah kematian seorang wanita yang lemas dalam kereta 4WD wanita itu ditolak arus banjir ke dalam sungai. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Banjir pada kali ini dikatakan lebih buruk berbanding pada tahun 2006. Alhamdulillah aku tidak merasa kedua-dua kejadian banjir tetapi aku dapat lihat penderitaan dan kesan kejadian banjir tersebut. Banjir kali ini dilaporkan berlaku di Segamat, Labis, Kulaijaya, Muar, Mersing, Ledang, Pontian, Johor Bahru serta Kota Tinggi. Malah sehingga hari ini, mangsa dianggarkan sebanyak 45,000 orang. Semoga mangsa-mangsa dapat menangani musibah ini dengan penuh kesabaran kerana sesungguhnya dugaan ini datangnya daripada Allah SWT. Sekian.

Banjir di Segamat, Johor.

*Hujan yang turun bagaikan mutiara, jikalau betul dakwaan itu, sudah pasti orang di Johor kaya-raya ;)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...