Monday, January 31, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa ;))



















Aku berharap agar radio-radio swasta dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Tidak perlulah untuk 'URBAN' sangat. Siapa lagi yang akan menjaga bahasa Melayu selain kita sendiri, orang Melayu yang kononnya sayang akan bangsa tetapi perkara sekecil ini dipandang sebelah mata. Selain itu, aku berharap karya-karya tempatan juga dibuat dengan Bahasa Melayu dengan betul jika mahukan karya itu dalam Bahasa Melayu. Tidak perlulah untuk dicampur-adukkan sehingga hilang keindahan bahasa kita. Lagu Zee Avi - Kantoi mungkin sedap didengar, tapi aku anggap lagu itu seperti menghina bahasa kita. Tuntasnya, jagalah bahasa kita kerana bahasa jiwa bangsa.


*Aku puji Malique & Monoloque kerana karya-karya Bahasa Melayu mereka yang mantap. Siapa kata lagu dalam Bahasa Melayu tak sedap? Nak bahasa Inggeris juga baru sedap. Mereka sudah buktikan ;)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...