Tuesday, April 5, 2011

AirLiur: Aku Ikan, Engkau Manusia


Kau umpani kami
Dengan cacing, cicak dan kumbang
Variasi pilihan kau hidangkan kepada kami
Sangat mudah dan ringkas
Bagi memenuhi kepuasan diri
Tetapi kami nampak tali yang halus itu
Jikalau terjerat, malangnya tidak terkata, terseksa
Pastinya kehidupan sudah dititik noktah
Oh nasi sudah menjadi bubur
Menyesal sudah tidak berguna

Namun situasi mungkin akan berubah
Andai kami mempunyai minda sebijak engkau
Kebolehan untuk berfikir secara waras
Tentunya kami akan lakukan perkara yang sama
Akan kami jerat engkau semua
Dengan dadah, arak, kemewahan dan nafsu serakah
Oh sangatlah ringkas dan mudah
Senang sungguh mengumpan engkau
Gelak tawa gembira menyaksikan air mata kau berguguran ke tanah
Sesungguhnya kaum kau sememangna gelojoh, berotak tapi bodoh!

Itulah dia manusia celaka
Kami pula hanyalah ikan di perairan
Dungu tida berakal
Hidup berhati-hati di pentas dunia penuh permainan


*Janganlah anda lalai dengan kesenangan yang dimiliki ;)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...