Thursday, February 17, 2011

AirLiur: Khayal Cengkerama


Isilah jiwaku wahai permaisuri tercinta
Iringi aku bersiar-siar di inderaloka
Nadi jantungku hanya untukmu oh adinda

Musim bunga yang lalu
Itulah saat pertama kita bersua
Malamku berubah serta-merta
Pabila hatiku lemah dibuai cinta
Indah nian duniaku bak mekarnya puspa

Ya aku katakan bahawa engkaulah bidadariku
Akulah arjuna yang layak menjadi milikmu
Naungi aku dengan dedaun kasih sayang
Gelitanya hari-hariku menunggu terang

Kumenantimu di setiap kelipan waktu
Ufti emas telah tersedia di dalam kamar cinta
Cubalah dikau selami hatiku, amati kata-kataku
Arca hati kita sudah siap terbina di dalam jiwa
Rasailah cintaku yang tulus ikhlas wahai maharaniku
Inilah mimpiku, bersamamu selalu oh asmara

mosh ;)

Tuesday, February 8, 2011

Hola! Soy Roberto ;)


Semasa kelas Bahasa Sepanyol pagi tadi, pensyarah aku, Senora Salina tiba-tiba nak namakan setiap pelajar dalam kelasnya dengan nama Sepanyol. Mungkin dengan harapan pelajarnya akan menghayati bahasa Sepanyol kot.

Oleh itu, dia pun memanggil nama satu persatu. Akhirnya nama aku naik..

Senora : Ahmad Rusidy? your name is Roberto ;)

Oh aku bermonolog dalaman, okay saja bagi aku. Oleh yang demikian, sekarang aku ada nama baru iaitu Roberto. Sungguh maskulin bunyinya. HAHAHA!


Hola! Soy Roberto ;)


Antara nama kawan-kawan yang aku ingat,.

Acap - Carlos
Faliq - Jose (Tosai)
Syafiq - Manuel (Manual)
Laila - Pepita (Popia)
Syue - Ines (Ingus)
Akram - Octavio (Octopus)
Mira - Carlota (Calcutta)

Ada lagi nama-nama rakan sekelas lain..hehehe..Kelakar pun ada juga bila panggil nama dalam bahas sepnyol ini. hahah. Aku berharap dengan cara ini, minat kami terhadap bahasa Sepanyol semakin mendalam. Amin ;)



*Test Spanish pada hari Khamis. Entah satu habuk pun aku tak faham. Mampus aku! :P


On Fire !



Petang tadi aku menjalani latihan macam biasa. Mula-mula main ragbi sentuh sebagai pemanas badan. Memang rutin kamilah. Tetapi ada benda yang kurang seronok berlaku semasa sesi latihan tadi.

Aku perasan ramai juga Ex-Angels yang turun. Mungkin kebetulan mungkin dirancang. Entah aku pun tak tahu. Berbalik ke pokok asal tujuan aku menulis pada waktu ini, semasa sesi latihan petang tadi, kami didatangi seseorang dari Kementerian Pengajian Tinggi. Tak lain tak bukan ini tentunya tentang Pusat Kecemerlangan Sukan Ragbi.

Untuk pengetahuan geng-geng, UPM merupakan projek PKS ragbi di mana kami menerima peruntukan sebanyak RM900,000 hanya untuk pembangunan ragbi. Jadi, bila duit sudah masuk sekepal begitu mesti ada pihak tidak puas hati kan, itu lah yang terjadi.

Pencapaian sedikit mengecewakan baru-baru ini. MASUM 7s Siri 1 di UIA, kami hanya berada di tempat ke empat. Geleng kepala pengurus dan jurulatih kami. Nak buat macam mana kan. Selain itu, kekalahan di tangan Politeknik Shah Alam memang memalukan. Mana taknya, pasukan Serdang Angels masih tidak terurus, dengan pelbagai benda yang harus dipertingkatkan, alih-alih kena lawan 15 sebelah. Tak cukup latihan dan terus lawan, memang lauk lah. Siap masuk surat khabar lagi tentang kekalahan kami dengan tertulisnya begini 'UPM mangsa ratahan PSA'. Perlu ke masukkan dalam surat khabar bro? Friendly je pun. Haiyaa :P

Kekalahan demi kekalahan kami hadapi. Tapi tidaklah teruk sangat. Apa-apa pun, aku yakin bahawa pasukan kami sedang dan akan meningkat. Pasukan kami baru sahaja distruktur semula selepas ramai pemain senior yang graduasi. Oleh itu, muka-muka barulah yang menghiasi dan memegang panji maruah Serdang Angels, macam aku. Berat tanggungjawabnya. Itu semua kerana tradisi dan pencapaian dahulu kala. Susah untuk memenuhi permintaan dan harapan orang ramai lebih-lebih lagi warga UPM.

Petang tadi, memang pahit. Terpalit tahi kat muka macam tu je. Panas pun ada juga. Orang KPT itu (aku tidak tahu namanya) memarahi kami sudah tentu kerana pencapaian yang kurang memberangsangkan. Tidak seperti pasukan Angels dahulu. Dia marah kerana perlian orang yang dia hadapi. Pasukan UPM dapat PKS, tapi tak bagus mana pun. Surat pemohonan UTM untuk program PKS sudah berada di atas meja dia, katanya. Entahlah.

Pada pendapat saya Encik, kami sedang cuba untuk melakukan yang terbaik. Bak kata jurulatih kami, Coach Khusainy, itu hanya luahan hati. Ambillah yang positif. Kami akan cuba yang terbaik. Kami bukan robot untuk dipaksa menang ataupun permainan video, boleh naik taraf dengan mudah sekali. Kami bukan begitu encik harap maklum. Kami akan cuba yang terbaik untuk USM 10s minggu ini insyaALLAH. Semoga dengan izin Allah, kami akan mendapat apa yang sepatutnya milik kami.

Petang tadi memang lain macam. Lepas kena 'marah' tu, tak tahu lah nak kata mood atau emosi aku nih macam mana. Bukan aku saja, mungkin juga kawan-kawan yang lain. Malah aku rasa jurulatih dan penolongnya lebih merasa bebannya. Tapi nak buat macam mana. Kami akan cuba yang terbaik. Cakap panjang lebar pun tak berguna. Haprak je nanti.


Angels on 3..1! 2! 3! Angels!


*Baru nak semangat untuk pergi USM 10s minggu ini, aku dapat tahu aku ada test Hubungan Etnik. Memang awesome kan? Kena bincang dengan coaches dulu nih ;P





Monday, February 7, 2011

Aduhai :p


Okay. Aku nak meluahkan sesuatu..

Betapa kusutnya kepala aku ini..


Mana satu nih?

Itu yang bermain di kepala aku sekarang ;p

Ini aku paparkan event-event aku untuk Februari..

USM Ragbi 10s - 12 & 13 Feb 2011
Gig @Tampin? Liga Ragbi Selangor - 19 Feb 2011
MASUM Ragbi 7s Siri 2, UTM Johor - 26 & 27 Feb 2011

Jikalau sahabat handai perasan, pada tarikh 19 Feb itu, 2 event bertindih..Jadi,

RAGBI ke?
Atau GIG?

;P

Memang penuh jadual aku untuk bulan Februari ini. Pening kepala aku lagi-lagi bila melibatkan aktiviti dengan rakan-rakan. Tapi masalahnya sekarang adalah tarikh 19 Februari 2011. Aku tidak tahu untuk memilih sama ada gig ataupun ragbi. Minggu sebelum itu ragbi, minggu selepas itu ragbi juga. Jadi aku kemungkinan besar akan memilih gig, tapi takut sesuatu yang tak sedap berlaku nanti. Memang dilemma. Aku benci keadaan ini. Hampeh betul. Mulut orang kadang-kadang busuk sikit. Susah untuk memahami kita sebenarnya. Tapi aku akan cuba jelaskan pada jurulatih sebab aku betul-betul mahu bermain gig di Tampin pada 19 Feb nanti. Dilemma! memang ADUHAI laa. Kena lah cari rakan-rakan untuk konsultan nih. Semoga aku mendapat resolusi yang terbaik nanti. hehe ;P


*Dilemma. Bila aku dapat SMS tentang jadual ragbi untuk Feb, aku tepuk dahi. Aku nak main muzik jugak. Tapi nak buat macam mana, dah salah aku melibatkan diri dalam kedua-dua bidang kan, muzik dan sukan. Pandai-pandai aku fikir nanti. BERANI BUAT BERANI TANGGUNG :P

Sunday, February 6, 2011

Merempat ;P


Nasib aku sekarang dah macam orang di dalam gambar di atas
HOMELESS!



Memang terbaik!
Bodohnya aku!
Boleh pula tertinggal kunci bilik kat rumah. Alahai malangnya!
Nasib baik ada kawan yang memahami bagi aku tumpang
Aishh..At this point, aku mengaku yang aku seorang yang lalai serta kurang cerdik.
Alahai..tapi benda dah jadi nak buat macam mana kan. hmm.
Terpaksa lah tidur berbantalkan beg


*Elak kena denda je esok masa ambil kunci. Fulus melayang lagi :P

Friday, February 4, 2011

Kenapa Ska Punk? :P



Plague Of Happiness
Johny Comes Lately
Priceless Stupid Box
Heiress Of Bullet
Geng Gemok Keji
Donatello
I See Dumb People
Stick No Bill

Mereka adalah band-band ska punk yang wujud di Malaysia, yang tidak pernah lekang di halwa telinga aku. Adunan muzik yang menarik, tenaga yang hebat dan attitude mereka telah menarik perhatian aku untuk turut menyertai mereka lebih dekat. Tetapi kenapa ska punk? Mengapa bukan hardcore? atau metal?

Dewasa ini, memang tidak boleh dinafikan remaja lebih cenderung untuk mendengar muzik-muzik seperti hardcore atau metal. Band-band seperti Massacre Conspiracy, Restraint, Avalon's Whisper, Oh Chentaku, Cassandra dan banyak lagi merupakan wira-wira mereka. Tapi bukan aku. Aku gagal sama sekali untuk meminati genre tersebut.

Kenapa Ska Punk?

Aku memang minat genre ini. Memang tidak dinafikan. Aku mula-mula jatuh hati apabila menonton persembahan Plague of Happiness, band ska punk yang berasal dari Pasir Gudang, Johor Bahru. Selepas itu, aku muat turun lagu-lagu mereka, mencari CD dan banyak lagi usaha aku untuk mengenali mereka lebih rapat. Tapi minat pada band saja tidak mencukupi. Ada rahsia yang tersirat dalam muzik yang mereka mainkan yang membuatkan aku melekat dengan mereka.

Hidup aku berubah. Ya memang hidup aku berubah selepas mendengar genre ini. Attitude yang disampaikan memang positif. Tiada unsur-unsur ke arah negatif. Aku menjadi lebih tenang dan boleh berfikir dengan lebih matang lagi-lagi apabila ditimpa masalah. Lagu seperti Kemuri - PMA, telah menjadikan aku lebih berani menghadapi masalah. Jika aku ditimpa masalah, aku akan ingat lagu ini kerana ia menerapkan pemikiran positif dalam minda kita. PMA pula merupakan singkatan aksara bagi Positive Mental Attitude.


Tambahan lagi, aku pandai menangani situasi kerana pemikiran yang positif. Walau bagaimana buruknya kejadian menimpa aku, aku cuba untuk tenang. Lagu-lagu beginilah menemaniku siang dan malam.

Sebenarnya, banyak lagi genre lain yang menerapkan ciri-ciri positif. Tapi dah aku terlekat pada ska punk nak buat macam mana kan? Sekutu-sekutu mereka seperti reggae dan punk rock juga tidak kurang sengatnya. Mereka juga memainkan peranan dalam perubahan diri aku.

Jika kalian tanya aku macam mana nak tenangkan minda, aku akan jawab, dengarlah ska punk, reggae dan punk rock. Kalau nasyid atau balada itu memanglah. Tapi cara aku adalah mendengar kepada genre ska punk.

Aku ada juga bermain muzik ini bersama Cactus Maniac di posisi bass. Memang puas dapat main muzik yang kita minat.





*Terima kasih kepada individu-individu yang memperkenalkan ska punk kepadaku. Tidak sia-sia aku dengar cadangan kalian.

Thursday, February 3, 2011

Terpulang Pada Kalian ;)


Manusia tidak dilahirkan sempurna
Masing-masing ada baik dan buruknya


Aku?



Aku sedar memang aku banyak kekurangan
Oleh itu, Terpulanglah pada kalian untuk menentukan
Di mana terletaknya aku di dalam hidup kalian
Aku tidak memaksa kalian untuk menerima aku
Kerana aku tiada hak untuk menentukan
Jauh di lubuk hati
Adakah aku ditempatkan di ruang yang tersayang
Atau ruang yang menyeksakan
Aku tidak peduli
Kerana itu semua di dalam tangan kalian
Aku menerima seadanya
Kerana sesungguhnya itulah yang layak untukku
Kerana itu semua terpulang kepada kalian
Aku hanya menurut
Bukan bermaksud aku seorang yang lemah
Malah bukan kerana aku yang bersalah
Tapi atas dasar penghormatan aku kepada kalian
Aku bukan tuhan untuk menentukan apa yang ada di dalam pemikiran
Maafkan aku jika aku melakukan kesilapan
Kerana manusia bukanlah sempurna seperti anbia
Manusia tidak lari dari kesalahan
Mungkin ini adalah waktu aku dalam kesusahan
Hidup umpama roda yang berputar
Terima kasih kerana sudi mengenaliku
Oh kawan, terpulanglah kepadamu

;)


*Hidup mesti diteruskan. Pandangan harus ke depan. Pemikiran mengimbau kembali kenangan. Pengalaman ialah perisai aku untuk maju ke hadapan :))

The Green Hornet


THE GREEN HORNET

Filem wajib tonton.
Aku amat berpuas hati dengan jalan ceritanya yang tidak bosan dan menarik
Hero paling bodoh, 'cool' dan kelakar yang pernah aku tengok.
Kalian patut tonton sebelum terlambat
Percayalah

;)

*Aku, Redha, Chan & Zye duduk di aras paling depan kerana panggung penuh. Sakit tengkuk :P

Wednesday, February 2, 2011

AirLiur: Sebuah Perjuangan


Pertempuran manusia
Entah bila akan dititik noktahnya
Raja-raja yang berkuasa tiada berguna
Jari-jemari kasarnya yang mencengkam dunia
Ungkapan dan lagu-lagu kedamaian tiada lagi kedengaran
Anak-anak muda diasuh kekejaman yang bertunjangkan keagungan
Nyawa yang tergadai tiada tanda akan tiba di perhentian
Generasi baru, nyata pembunuhan yang diamanahkan
Angkatlah panjimu wahai pemimpin keamanan
Nescaya merpati putih hinggap di tangan

mosh


*Semoga keadaan di Mesir akan menjadi aman semula. Doaku juga sentiasa mengiringi rakan-rakanku yang menuntut ilmu di sana. Jaga diri kalian ;)

AirLiur: Kemungkinan



Kemungkinan
Esok lusa Izrail memanggil
Menarik nyawa yang sia-sia ini
Usia muda yang bergolak dengan dosa,
Nyata tersasar cita-cita ayah dan bonda
Gelap dan kaburnya pandanganku tiada bersuluh
Ketika aku sesat mencari maksud erti hidup
Inilah kisah seorang lelaki yang taksub
Nikmat duniawi yang memakan diri
Aku berdoa kepadamu oh tuhanku
Nauzubillah, Ampunkan dosaku!

mosh





*Jika ada orang tiru, siap! aku saman! hahah! ;DD


Gong Xi Fa Chai !


GONG XI FA CHAI!
buat rakan-rakanku yang berbangsa Cina
semoga tahun ini memberi seribu makna kepada anda semua
Kebahagiaan dan Kekayaan hidup
semoga bergembira! ;))


*Tahun ini tahun arnab ;P

Tuesday, February 1, 2011

Januari Yang Penat

Akulah yang tackle tu. UPM vs UTM ;)

Kepenatan. Nasib baik ada cuti seminggu ni. Aku akan balun rehat puas-puas. Tidur yang panjang seperti beruang hibernasi sewaktu musim sejuk.

Aku penat sebab jadual ragbi yang padat. 3 minggu berturut-turut ada kejohanan di berlainan tempat. Mula-mula sekali, kejohanan pembukaan tahun 2011 bagi aku, Ansara 10 Sebelah 2011 di Politeknik Shah Alam, Shah Alam. Kebiasaannya kejohanan ini akan dilangsungkan di Padang Utara, Petaling Jaya. Senang nak gerak jika dilangsungkan di sana. Tapi tak tahulah kenapa tukar tempat. Dengarnya ada kejohanan paintball. Aku mewakili pasukan alumni sekolah iaitu Ansara Serting. Bukan main banyak pemain kami import! Bintang-bintang ragbi yang main seperti Komeng dan Wak. Tapi pemain pasukan kami bukan calang-calang juga. Bob main untuk Serdang Angels begitu juga aku serta Awe. Atong dari UIA Mustangs, Mat Rad dari UiTM Lions, Abra pula dari UTeM Kroons dan Bajeng dari UNITEN. Tak lupa juga dari UTM, Ijol dan Jaha. Bagi aku, pasukan memang boleh menang tapi tiada rezeki, kami tewas di suku akhir di tangan SMSOB dan di kategori plate, kami tewas pula di suku akhir di tangan Ex Sas. Tiada rezeki.

Ansara Serting bersama Datuk Mukhriz Mahathir

Minggu seterusnya, aku pulang ke Melaka, bermain untuk pasukan yang pernah aku wakil dulu sewaktu pengajian asasi. Kejohanan ini yang dianjurkan MHSOB & UiTM KBM dibuat di Stadium Hang Tuah, Melaka. Pertama kali aku bermain di dalam stadium. Tambahan lagi, ia kejohanan ini dimainkan sehingga waktu malam. Merasa juga aku bermain pada waktu malam. Sebelum ini aku juga menjalani latihan pada waktu malam saja. Aku seronok bermain pada minggu itu. Pulang ke UiTM Lendu, berjumpa kawan-kawan kolej. Aku berpuas hati dengan layanan mereka lagi-lagi Tarot, kawan baik aku dari Perak. Terima kasih juga pada Khafi sebab belanja sosej dan air limau ais. Berbalik pada perlawanan, agak goyah sedikit. Aksi permainan aku juga tidak seperti biasa. Mungkin sudah lama tidak bermain bersama. Nenek juga menegur cara permainan aku yang hard tapi tidak menggunakan otak. Akhir sekali pasukan kami sangkut di separuh akhir cup di tangan MHSOB 1st Endurance. Maka terlepaslah aksi pentas final. Aku yakin kami tewas sebab pengadil yang kayu!

Melaka 10s: UiTM KBM vs UniKL MICET

Kejohanan penutup bagi bulan Januari adalah MASUM 7s di UIA. Aku mewakili pasukan universiti aku iaitu UPM Serdang Angels. Tekanan dapat dirasai di sana-sini. TNC mahukan kami menang, begitu juga pengurus serta orang-orang sekeliling. Siapa tidak mahu menang kan? Kejohanan MASUM itu adalah yang pertama kali bagi aku. Memang susah untuk aku menangani tekanan pada mulanya. Lagi-lagi kami dimalukan oleh pasukan Politeknik Shah Alam di dada akhbar. Aku memang terdiam dan sugul ketika kejohanan ini berlangsung. Aku senyap saja di dalam perjalanan, semasa perjumpaan dan lain-lain. Kawan-kawan pun menegur mengapa aku selalu mendiamkan diri. Tapi aku cuma cakap aku okay saja. Tapi itu semua pada mula saja, di kemudian waktu, aku okay seperti biasa. Mungkin kesan tekanan yang bertimba-timba membuat aku berat hati.

Berbalik pada kejohana MASUM 7s. Aku tak mengharap pun untuk bermain. Aku cuma menjadi pemain simpanan. Banyak sebab kenapa aku tidak mahu bermain. Salah satunya aku tidak bersedia dan masih merasa tekanannya. Apa-apa pun pasukan aku menang semua perlawanan di peringkat kumpulan dan mara sehingga ke separuh akhir. Malangnya, di peringkat itu, kami tewas kepada pasukan UIA, juara tahun lepas. Kemudian, bagi tempat ke-3 dan ke-4, kami tewas di tangan UTM. Tidak kisahlah, asalkan kami bergembira dan menikmati perlawanan. Pasukan kami ini belumlah sempurna kerana rombakan yang dilakukan. Tidak seperti pasukan-pasukan lain yang sudah bersama pada waktu yang lama.

Januari merupakan permulaan musim ragbi aku yang kurang memuaskan. Semua kejohanan sangkut pada peringkat separuh akhir dengan 3 pasukan berbeza. Februari sudah menyusul. Masih ada ruang untuk aku perbaiki. InsyaALLAH aku akan berlatih lebih giat lagi. Terima kasih kat Wak yang selalu sokong aku. Pasal ragbi selama 3 minggu ini juga, aku dah tidak kisah kawan-kawan panggil aku 'mamak', 'macha' dan lain-lain. Dah aku kulit gelap kan. hehehe.




*MASUM 7S Siri 2 bakal dilangsungkan di UTM, Johor manakala siri 3 di UMS, Sabah. Walaweh! HAHAHA! Aku nak pergi Sabah! ;DD


Mak! Nak itu! Nak itu! ;))

Gitar Bass Idaman Guwe ;PP


Fender Precision Bass

Ernie Ball Musicman


Aku: Nanti dah lama sikit, abang ingat nak tukar gitar bass lah mak.
Emak: Gitar apa lagi?
Aku: Ala gitar bass la.
Emak: Gitar tu kan baru beli.
Aku: Tapi tone dia tak berapa sedap.
Emak: Berapa harga gitar tuh?
Aku: Dalam RM5,000 RM6,000.
Emak: Ngade! Kerja nanti beli sendiri.
Aku: Yela :P

Kedua-dua ini adalah gitar bass idaman aku. Sudah pasti lah Ernie Ball Music Man lebih mahal. Mahu cecah RM6,000 baru dapat. Yang Fender Precision tu dalam RM4,000 atau RM5,000 dah boleh dapat. Koyak poket aku nak beli. Tapi aku bertambah cemburu melihat rakan baik aku, Haniff baru je angkat Ernie Ball Music Man dengan hanya RM4,000. Untung badan dia lah. Apa-apa pun, kalau aku punya uwang, memang aku bergegas ke kedai alat muzik. Sudah pasti!

;))

*Yuran Sem 2 pun aku belum bayar dah berangan nak beli gitar. Mahu makan kasut Encik Rosly. hehehe :P

Bukan Touching...


Mungkin ramai mengganggap aku jenis orang yang mudah terasa atau mudah dikatakan 'touching'. Aku remove friends di Facebook dan pelbagai lagi langkah yang aku buat. Kesan perbuatan itu aku dikatakan terasa atau touching.

Sebenarnya, aku MALAS NAK LAYAN. Kalau tak suka aku, baiklah kalian berambus kerana kalian akan gembira dan aku akan lebih gembira. Bila aku tak suka, aku tidak mahu mengambil tahu langsung pasal si polan dan si polan itu. Sudah tiada jodoh persahabatan antara kita. Masa akan menentukan sama ada persahabatan kita akan terjalin kembali atau tidak. Konklusinya, aku bukan terasa, aku malas nak layan je. hehehehe. Lantak korang lah nak cakap apa. Aku masih berdiri di bumi yang nyata. hehehee ;)


*Sayangnya hubungan persahabatan yang lama terjalin putus begitu saja. Mungkin salah aku atau sebaliknya. Tapi dah kawan lama, patutnya kita saling memahami perangai masing-masing baik dan buruk. Aku boleh saja memahami kau, tapi kau tidak. Malah kau memburukan aku di khalayak. Itu ke kawan? Sepatutnya aku tahu lebih awal ...

Hajat Hamba


Boleh tidak mencarut dihalalkan jika ia ditujukan kepada Israel dan geng-geng samseng mereka?

Contohnya macam ini:

FUCK ISRAEL!
ISRAEL BABI!
ISRAEL PUKIMAK!


*Sesungguhnya mereka tidak akan berhenti dalam menghancurkan umat Islam di dunia. Sentiasa awas dan bukalah mata anda luas-luas. Usah terlepas pandang ;)

The Best Team Ever ;)





TYRANT! On 3! 1..2..3.. TYRANT!

Aku yakin bahawa pasukan ragbi MRSM Serting tahun 2007 dan 2008 merupakan pasukan terbaik bagiku. Aku tak bermaksud akan pencapaian kami, tapi nilai persahabatan dan semangat berpasukan, itulah yang aku maksudkan. Kami bukanlah pasukan yang sentiasa menang dalam setiap perlawanan yang kami sertai, walaupun tewas, kami bangkit dengan semangat demi melonjakkan maruah nama maktab kami.

Aku memang giat bermain ragbi sehingga kini. Dari kelab sosial di Johor ke pasukan ragbi UiTM Melaka dan kini giat bermain untuk UPM Serdang Angels. Tapi belum ada lagi pasukan yang mampu menandingi kehebatan pasukan Tyrant aku. Jikalau pencapaian dititik beratkan, sudah tentu pasukan Tyrant ini jauh ketinggalan malah tidak mampu bersaing langsung.

Kami berlari di sekeliling padang bersama-sama sambil bernyanyi, malah gelak-tawa bersama. Gurauan di atas padang memang tidak pernah lekang. Paling aku tidak boleh lupa adalah pada suatu petang di mana kami dijemput untuk satu sesi penggambaran bagi majalah sekolah. Kami semua memakai jersi seragam iaitu jersi hijau kuning yang kami buat sendiri. Kemudian, kepala masing-masing menjadi 'gila' lalu terlintas untuk menari haka. Akulah yang mengetuai haka tersebut. Entah apa yang aku jerit, bukan aku hafal pun ayat haka itu satu persatu. Aku jerit sahaja apa yang lalu di dalam kepala sampai aku mencarut entah apa-apa. Akhirnya, haka ini tidak menjadi. Aku sendiri tergelak melihat gelagat kawan-kawan aku yang lain. Petang yang meriah.


Budak-budak ragbi pada zaman kami memang lali dengan cacian, kutukan, hinaan dan macam-macam lagi kata-kata 'indah' daripada segenap lapisan masyarakat hieraki yang wujud dalam persekitaran maktab kami. Almaklumlah, budak ragbi kan budak jahat. Memang pada mulanya, kami memang banyak melakukan masalah. Aku pun pernah kena gantung dulu sebab pukul budak. Tapi ianya semua di awal waktu sewaktu kami masih mentah dan gagal sama sekali memahami erti maruah. Masalah dalam pasukan, masalah dengan warden dan macam-macam lagi dugaan yang muncul. Budak ragbi memang balik lambat dari padang. Pergi dewan selera semasa orang lain sibuk penuhkan surau. Kami mandi bila azan berkumandang. Kami ke surau untuk bersembahyang maghrib ketika pelajar-pelajar lain sedang mendengar tazkirah. Sebatan para warden memang sudah imun dengan punggung kami. Itulah kami pada ketika itu. Nakal-nakal bersama.

Namun, entah macam mana, tiba-tiba pasukan ragbi itu yang bagi aku biasa saja, berubah. Aku pun tak tahu mengapa. Kami menjadi satu pakatan yang kuat dan sepakat. Apa-apa saja yang dilakukan mestilah dicapai bersama-sama. Turun padang pada waktu yang tepat dan bersama-sama. Aku pun tidak pasti apakah punca semua ini. Tapi yang enaknya, pasukan kami memang berubah kepada yang lebih baik. Aku sungguh gembira, memang gembira.

Kami muncul naib johan Inter-MRSM Ragbi 10s 2008 di MRSM Muar, Johor. Bagi aku, Tyrant bukan menang kerana mempunyai pemain yang luar biasa, tetapi sikap kekitaan yang luar biasa. Ragbi menyatu padukan kami semua. Sangat sukar bagi aku untuk menggambarkan dengan kata-kata. Mungkin sungguh indah jika masa dapat diulang semula. Secara peribadi, aku hormati setiap orang dalam pasukan Tyrant 07/08. Semoga kalian hidup bahagia. Kalian banyak mengajar aku nilai kekuatan sebuah persahabatan.



kudos;
Batang
Jambi
Kido
Ijad
Jelai
Elley
Bon
Ustad
Bak
Am
Ekram
Cinco
Alip
Salam
Kutit
Steng
Abu
Kapak
Aliff Ganja
Zul
Yout
Mizan


*Daripada ramai-ramai yang main, kini tinggal aku dan Kido je yang aktif. Macam mana nak buat team Ansara nih? Hadoyy :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...