Tuesday, February 8, 2011

On Fire !



Petang tadi aku menjalani latihan macam biasa. Mula-mula main ragbi sentuh sebagai pemanas badan. Memang rutin kamilah. Tetapi ada benda yang kurang seronok berlaku semasa sesi latihan tadi.

Aku perasan ramai juga Ex-Angels yang turun. Mungkin kebetulan mungkin dirancang. Entah aku pun tak tahu. Berbalik ke pokok asal tujuan aku menulis pada waktu ini, semasa sesi latihan petang tadi, kami didatangi seseorang dari Kementerian Pengajian Tinggi. Tak lain tak bukan ini tentunya tentang Pusat Kecemerlangan Sukan Ragbi.

Untuk pengetahuan geng-geng, UPM merupakan projek PKS ragbi di mana kami menerima peruntukan sebanyak RM900,000 hanya untuk pembangunan ragbi. Jadi, bila duit sudah masuk sekepal begitu mesti ada pihak tidak puas hati kan, itu lah yang terjadi.

Pencapaian sedikit mengecewakan baru-baru ini. MASUM 7s Siri 1 di UIA, kami hanya berada di tempat ke empat. Geleng kepala pengurus dan jurulatih kami. Nak buat macam mana kan. Selain itu, kekalahan di tangan Politeknik Shah Alam memang memalukan. Mana taknya, pasukan Serdang Angels masih tidak terurus, dengan pelbagai benda yang harus dipertingkatkan, alih-alih kena lawan 15 sebelah. Tak cukup latihan dan terus lawan, memang lauk lah. Siap masuk surat khabar lagi tentang kekalahan kami dengan tertulisnya begini 'UPM mangsa ratahan PSA'. Perlu ke masukkan dalam surat khabar bro? Friendly je pun. Haiyaa :P

Kekalahan demi kekalahan kami hadapi. Tapi tidaklah teruk sangat. Apa-apa pun, aku yakin bahawa pasukan kami sedang dan akan meningkat. Pasukan kami baru sahaja distruktur semula selepas ramai pemain senior yang graduasi. Oleh itu, muka-muka barulah yang menghiasi dan memegang panji maruah Serdang Angels, macam aku. Berat tanggungjawabnya. Itu semua kerana tradisi dan pencapaian dahulu kala. Susah untuk memenuhi permintaan dan harapan orang ramai lebih-lebih lagi warga UPM.

Petang tadi, memang pahit. Terpalit tahi kat muka macam tu je. Panas pun ada juga. Orang KPT itu (aku tidak tahu namanya) memarahi kami sudah tentu kerana pencapaian yang kurang memberangsangkan. Tidak seperti pasukan Angels dahulu. Dia marah kerana perlian orang yang dia hadapi. Pasukan UPM dapat PKS, tapi tak bagus mana pun. Surat pemohonan UTM untuk program PKS sudah berada di atas meja dia, katanya. Entahlah.

Pada pendapat saya Encik, kami sedang cuba untuk melakukan yang terbaik. Bak kata jurulatih kami, Coach Khusainy, itu hanya luahan hati. Ambillah yang positif. Kami akan cuba yang terbaik. Kami bukan robot untuk dipaksa menang ataupun permainan video, boleh naik taraf dengan mudah sekali. Kami bukan begitu encik harap maklum. Kami akan cuba yang terbaik untuk USM 10s minggu ini insyaALLAH. Semoga dengan izin Allah, kami akan mendapat apa yang sepatutnya milik kami.

Petang tadi memang lain macam. Lepas kena 'marah' tu, tak tahu lah nak kata mood atau emosi aku nih macam mana. Bukan aku saja, mungkin juga kawan-kawan yang lain. Malah aku rasa jurulatih dan penolongnya lebih merasa bebannya. Tapi nak buat macam mana. Kami akan cuba yang terbaik. Cakap panjang lebar pun tak berguna. Haprak je nanti.


Angels on 3..1! 2! 3! Angels!


*Baru nak semangat untuk pergi USM 10s minggu ini, aku dapat tahu aku ada test Hubungan Etnik. Memang awesome kan? Kena bincang dengan coaches dulu nih ;P





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...