Mungkin pentas ini tidak begitu meriah
Buat aku yang bernafas dalam pasrah
Sumpahan abu kota terhadap diri ini
Buat kugagal berdamai dengan realiti
Hidup ini adalah sia-sia
Seperti mencurahkan air ke daun keladi
Jikalau minda masih tersekat pada realiti
Terlebih imaginasi membaham diri
Tetapi kutahu ku tak layak hidup sebegini
Dendam yang membara, pandanganku gelita segelapnya
Bukan ini yang kupinta
Tinggal di atas bumi yang hiba
Kemungkinan tuhan terlepas pandang?
Akan aku yang destinasi hidupnya hilang
Namun tuhan adalah sempurna
Dan ini adalah ujian buat hambanya
Adakah aku masih begini pada masa depan?
Tetap bersandar pada dinding kotor sebuah kota
Mengharap ihsan orang berkeliaran
Tangisku sudah seiring irama, derita
Aku bukan insan yang hina
Aku bukanlah hamba atau najis kota
Sememangnya aku benci
Digelar sampah oleh manusia
Kerana kupasti
Hidupku sepatutnya lebih indah
mosh ;)
*Sedih melihat anak-anak terbiar di bandar Kota Kinabalu sewaktu di sana. Mereka diabaikan dan tampak di wajah mereka, perasaan ingin bebas bak burung, lari dari kehidupan kota yang hina. Bukan itu yang mereka pinta kerana itu adalah suratan. Semoga mereka mendapat kehidupan yang lebih baik di waktu akan datang. Amin ;))
WAaa br jmpe blog ko mosh!
ReplyDeletehahaha! apa lah ko! apa2 pun enjoy lah blog aku yg bosan nih..hehehe :))
ReplyDelete