Kupu-kupu terbang sesat
Terbang rendah di celah daun
Tertipu dengan kecantikan bunga
Lalu kupu-kupu laluinya
Sumpah kupu-kupu tidak mengerti
Mengapa akhirnya jadi begini
Kupu-kupu gagal melepaskan diri
Daripada sesat terbang di sini
Hidup tidak seperti sebelum
Kini kupu-kupu resah berpeluh
Kenapa tidak ia fikir semasaknya
Malang sudah menimpa dirinya
Nasi sudah menjadi bubur
Masa tidak dapat dipanggil datang
Kerana bunga si kupu-kupu lalai
Manis madu sudah dapat dihidu
Kupu-kupu terlupa pesan orang tuanya
Berfikir dulu sebelum laksana
Kini terjerumus di pentas radikal
Susah payah hidup berjuang
Tapi apa yang boleh dilakukan
Apabila si kupu-kupu tersilap terbang
Pentas dunia sangatlah merbahaya
Tersilap langkah gagal pulang
mosh ;)
*Awaslah dengan perilaku manusia yang sentiasa mempergunakan kita dengan harta untuk kepentingan mereka. Tersilap langkah, kita terpedaya, hancur musnah hidup kita ;)
heyy. i baca blog u mcm baca buku yang penuh dgn kata-kata yang tersirat and tersurat.
ReplyDeletemy mom ckp blog u best :)
ehhh your mom baca my blog ke??!! aduh segan nye..huhuhu :P
ReplyDelete