Monday, March 14, 2011

AirLiur: Bangkai


Aku
Umpama bangkai
Berbau busuk di tepian jalan
Orang yang lalu langsung tak endah
Menutup hidung terhidu aroma tubuhku
Kerana aku seumpama bangkai
Yang hidup di celah kota metropolitan
Terbiar tiada siapa peduli
Sudah suratan jasadku hina
Kalau kutahu nasibku begini
Akan kuundur dari mendekatkan diri
Dari dadah si perosak bangsa
Sekali cuba pasti ketagih

Keluarga yang ada hanyalah kenangan
Sememangnya aku hidup dalam buangan
Masa depan yang terang gelap serta-merta
Pelita yang menyala terpadam selamanya
Kuasa si najis dadah mengubah cerita
Kini aku hanya bangkai berbau di tepi jalan
Nyawa yang sia-sia menunggu ajal
Hidup dan mati, neraka jahanamlah tempatku
Aku hanyalah mayat yang masih bernafas
Tiada sesiapa untuk aku menunding jari
Hanya pada hati ini kusalahkan
Aku memang layak digelar bangkai
Hidup ini sudah tidak bererti
Menjadi sisa di perut sebuah negara
Sekujur tubuh menunggu reput

mosh ;)

*Jauhi dadah

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...